12 September 2010
Persediaan akhir~
08 September 2010
malam 7 likur menurut pandangan islam
Dengan nama ALLAH....
Assalamualaikum warahmatullah....
![]() |
Pelita sering dikaitkan dengan malam 7 likur |
Sedikit tentang malam lailatul qadar, seorang ustaz pernah bertanyakan satu soalan "Mengikut sejarah umat-umat Nabi terdahulu hidup beratus-ratus tahun malah ada yang beribu tahun. Tetapi umur umat Baginda pendek, kira-kira purata hanya hingga 60 tahun. Tidak ADIL kan Allah? Mereka terdahulu dapat beramal lebih lama dari kita," Soalan ustaz dibiarkan sepi oleh kami kerana kekeringan idea untuk mencari hikmahnya.
Sambil tersenyum beliau membacakan maksud surah Al-Qadr...
- Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran pada malam qadar.
- Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
- Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bulan.
- Pada malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan.
- Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar.
Berbalik pada isu utama, 7 likur sangat sinonim dengan orang Melayu. Likur bermakna bilangan 20 hingga 30. 7 likur = 27 . Ana dah lama dengar malam 7 likur tapi tak pernah memahaminya secara terperinci. Satu hari ana bertanya pada mak. Tapi jawapan dari beliau masih tidak memuaskan hati. Jadi ana mengambil inisiatif untuk membuat sedikit 'research'. Dan apa yang dapat disimpulkan, malam 7 likur adalah budaya Melayu apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Mereka akan memasang pelita di sekeliling rumah untuk memeriahkan lagi malam 7 likur.
Satu persoalan timbul adakah adat ini selari dengan syariat dan boleh dikira sebagai ibadah?
Jawapannya tidak. Walaupun banyak pendapat yang dikeluarkan tetapi pandangan peribadi ana adat ini tidak selari dengan syariat atas beberapa sebab:
- Sesetengah orang menyalakan pelita bertujuan untuk menyuluh laluan malaikat turun ke rumah mereka pada 10 malam terakhir. Hal ini jelas salah di sisi islam kerana malaikat sendiri daripada nur dan ciptaanNya itu tidak memerlukan bantuan cahaya dari manusia. Hal ini telah menjadi fitnah agama kerana para kafirin mengatakan malaikat buta dan lemah sehingga perlu dipasang pelita.
- Manakala ada orang meraikan malam ini kerana percaya roh-roh akan kembali ke rumah pada malam-malam tersebut. Sesugguhnya jelas perkara ini tidak selari dengan syariat.
Akhir kalam, mohon maaf atas segala kekurangan. Yang baik hanya dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah dan disandarkan atas kelemahan ana. Betulkan segala salah silap moga kita senua dalam redaNya.Aminn
Wallahua'lam.
01 September 2010
Muqadimah
Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, sama-sama kita merafa'kan kesyukuran kepada Pencipta kita kerana diberikan peluang dan nikmat yang banyak untuk terus menjalankan ibadah kepadaNya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan Al-Mubarak yang tidak lama lagi akan meninggalkan kita. Moga kita sempat bertemu Ramadhan akan datang.aminn.
Alhamdulillah tanpa banyak masyaqah maka wujudlah blog mysoff middle east ini sebagai salah satu usaha untuk merapatkan ukhwah antara anak-anak Melaka khasnya dan sahabat-sahabat seperjuangan di Bumi Kinanah. InsyaAllah.
Sedikit cetusan minda berdasarkan Kalamullah yang agung, Allah telah berfirman dalam surah As-Saff ;4 yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu barisan yang lurus seperti satu bangunan yang kukuh".
Melalui ayat ini dapat kita simpulkan beberapa perkara antaranya:
- Kepentingan berjemaah dalam hidup
- Kepentingan ukhwah
Kita lihat bangunan yang kukuh pastinya dibina rapat antara satu sama lain. Menguatkan antara satu sama lain. Maka unsur-unsur luar seperti kapal terbang tidak boleh senang-senang hendak menembusi bangunan tersebut. Pastinya juruterbang akan bertukar laluan untuk mengelakkan berlanggar dengan bangunan tersebut.