BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 September 2010

Persediaan akhir~

Assalamualaikum warahmatullah..

Harap semuanya sihat-sihat belaka walaupun sekarang masing-masing sibuk dengan persiapan terakhir untuk terbang dan yang paling terdekat MARA dan seterusnya tajaan JPA.
Pasti masing-masing sedang bermain perasaan kan? Macam-macam perasaan berkecamuk sedih, takut, teruja, gembira, gelisah. Menjadi musafir di bumi Anbiya', ardu kinanah hanya Allah yang tahu untung rugi nasib kita di sana. Walau apapun tauhid mesti kuat, teguhkan jati diri dan sentiasa 'maintain' kan niat kita. InsyaAlllah

Semasa di INTEC terdapat beberapa perjumpaan bersama senior-senior di sana. Mereka turun dan berkongsi maklumat tentang universiti di sana. Salah-satu perjumpaan adalah bersama dengan doktor-doktor yang baru bertugas sebagai  HO. Mereka merupakan lepasan universiti di Mesir. Dalam satu sesi kami tertarik dengan mesej yang disampaikan dan pandangan peribadi penulis, ana tertarik dengan kata-kata seorang akh daripada ain shams. Videonya ada di bawah. Moga dapat memberi manfaat kepada kita semua.
InsyaAllah..






Wallahua'lam.

08 September 2010

malam 7 likur menurut pandangan islam

Dengan nama ALLAH....

Assalamualaikum warahmatullah....





Pelita sering dikaitkan dengan malam 7 likur



Alhamdulillah syukur pada Allah dapat kita bertemu dengan Ramadhan kali ini dan dapat menjalankan ibadah dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Moga-moga kita dapat merasai kenikmatan lailatul qadar. InsyaAllah.

Sedikit tentang malam lailatul qadar, seorang ustaz pernah bertanyakan satu soalan "Mengikut sejarah umat-umat Nabi terdahulu hidup beratus-ratus tahun malah ada yang beribu tahun. Tetapi umur umat Baginda pendek, kira-kira purata hanya hingga 60 tahun. Tidak ADIL kan Allah?  Mereka terdahulu dapat beramal lebih lama dari kita," Soalan ustaz dibiarkan sepi oleh kami kerana kekeringan idea untuk mencari hikmahnya.

Sambil tersenyum beliau membacakan maksud surah Al-Qadr...
  1. Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran pada malam qadar.
  2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
  3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bulan.
  4. Pada malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan.
  5. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar.
Malam lailatul qadar ini adalah salah satu nikmat Allah yang diberikan khas untuk umat Baginda. Jika difikirkan logiknya jika kita beramal seperti berzikir, solat nafilah, bertadarus, beriktikaf pada malam lailatul qadar seperti kita beramal selama 1000 bulan. Bukankah di situ hikmah Allah menurunkan malam lailatul qadar. Sama-sama kita renungkan.

Berbalik pada isu utama, 7 likur sangat sinonim dengan orang Melayu. Likur bermakna bilangan 20 hingga 30. 7 likur = 27 . Ana dah lama dengar malam 7 likur tapi tak pernah memahaminya secara terperinci. Satu hari ana bertanya pada mak. Tapi jawapan dari beliau masih tidak memuaskan hati. Jadi ana mengambil inisiatif untuk membuat sedikit 'research'. Dan apa yang dapat disimpulkan, malam 7 likur adalah budaya Melayu apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Mereka akan memasang pelita di sekeliling rumah untuk memeriahkan lagi malam 7 likur.

Satu persoalan timbul adakah adat ini selari dengan syariat dan boleh dikira sebagai ibadah?
Jawapannya tidak. Walaupun banyak pendapat yang dikeluarkan tetapi pandangan peribadi ana adat ini tidak selari dengan syariat atas beberapa sebab:
  1. Sesetengah orang menyalakan pelita bertujuan untuk menyuluh laluan malaikat turun ke rumah mereka pada 10 malam terakhir. Hal ini jelas salah di sisi islam kerana malaikat sendiri daripada nur dan ciptaanNya itu tidak memerlukan bantuan cahaya dari manusia. Hal ini telah menjadi fitnah agama kerana para kafirin mengatakan malaikat buta dan lemah sehingga perlu dipasang pelita.
  2. Manakala ada orang meraikan malam ini kerana percaya roh-roh akan kembali ke rumah pada malam-malam tersebut. Sesugguhnya jelas perkara ini tidak selari dengan syariat.
Kesimpulannya, malam 7 likur bukanlah satu adat yang berasas dan dituntut untuk meningglkannya kerana kita telah mengabaikan penumpuan utama iaitu beribadah kepada ALLAH. SEBAIK-BAIKNYA perbanyakkanlah solat, zikir, tadarus, muhasabah supaya kita dianugerahkan malam lailatul qadar. Selain itu, malam 7 likur juga menggalakkan pembaziran, membuang masa dan yang utamanya tidak terdapat dalam QURAN dan SUNNAH . Marilah wahai saudara seislam yang prihatin hentikan budaya ini dan kembalilah kepada 2 sumber yang Baginda telah berpesan jika kita berpegang  pada dua benda itu nescaya kita tidak akan sesat iaitu QURAN dan SUNNAH.

Akhir kalam, mohon maaf atas segala kekurangan. Yang baik hanya dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah dan disandarkan atas kelemahan ana. Betulkan segala salah silap moga kita senua dalam redaNya.Aminn

Wallahua'lam.

01 September 2010

Muqadimah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, sama-sama kita merafa'kan kesyukuran kepada Pencipta kita kerana diberikan peluang dan nikmat yang banyak untuk terus menjalankan ibadah kepadaNya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan Al-Mubarak yang tidak lama lagi akan meninggalkan kita. Moga kita sempat bertemu Ramadhan akan datang.aminn.


Alhamdulillah tanpa banyak masyaqah maka wujudlah blog mysoff middle east ini sebagai salah satu usaha untuk merapatkan ukhwah antara anak-anak Melaka khasnya dan sahabat-sahabat seperjuangan di Bumi Kinanah. InsyaAllah.

Sedikit cetusan minda berdasarkan Kalamullah yang agung, Allah telah berfirman dalam surah As-Saff ;4 yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu barisan yang lurus seperti satu bangunan yang kukuh".
Melalui ayat ini dapat kita simpulkan beberapa perkara antaranya:

  • Kepentingan berjemaah dalam hidup
Jemaah di sini merujuk sebagai kumpulan, organisasi, persatuan atau masyarakat. Untuk membuat satu barisan adakah cukup hanya seorang? Semestinya tidak.  Satu barisan memerlukan lebih dari seorang. Maka Allah menyuruh kita menjalinkan tali persaudaraan dalam hidup kita yakni hidup dalam jemaah. Kita imbas kembali ketika Nabi Muhammad s.a.w berdakwah pada peringkat awal. Baginda berdakwah dengan sokongan isterinya yang dikasihi dan para sahabat yang setia di samping  Baginda.

  • Kepentingan ukhwah
Dalam kehidupan seharian kita ukhwah memainkan  peranan yang amat penting. Dengan ukhwah antara ahli keluarga, para sahabat kita, para guru dan sebagainya. Ukhwah apa yang paling dituntut dalam islam? Semestinya ukhwah fillah. Dalam ayat di atas Allah ibaratkan satu  barisan itu seperti satu bangunan yang kukuh. Kenapa Allah umpamakan sedemikian?

Kita lihat bangunan yang kukuh pastinya dibina rapat antara satu sama lain. Menguatkan antara satu sama lain. Maka unsur-unsur luar seperti kapal terbang tidak boleh senang-senang hendak menembusi bangunan tersebut. Pastinya juruterbang akan bertukar laluan untuk mengelakkan berlanggar dengan bangunan tersebut.

Begitu cantik perumpamaan Allah, Allah melihatkan kita bagaimana cara untuk berukhwah keranaNya. Wahai sahabatku sekalian berukhwahlah kita kerana Allah, kuatkan antara satu sama lain. Moga kita mampu membina 1 barisan sehingga tiada unsur luar atau dakyah yang mampu mencorakkan kita!

Dalam ayat tersebut juga Allah menggunakan perkataan saff. Terdapat sedikit perbezaan antara saff dan barisan. Analoginya begini biasanya kita ingin menaiki bas mestilah beratur kan? Jadi itu dinamakan barisan. Lain pula apabila kita nak solat berjemaah imam akan berkata "lurus dan rapatkan saff".
Kenapa tidak imam berkata "luruskan barisan". Macam pelik pula kan? Begini barisan ada orang yang terkedepan dan ada yang terkebelakang. Tetapi saff tidak begitu. Semua orang adalah sama kedudukannya tidak ada yang lebih maju dan tidak ada yang tertinggal di belakang. Lihat, Maha Suci Allah yang menurunkan Kalamullah untuk kita berfikir. Tidak terfikirkah kita betapa hebatnya Allah. Maka renungilah ayatnya bukan hanya membaca tapi FIKIR DAN ZIKIR.