BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

27 November 2010

Hikmah kembara 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan nama ALLAH yang maha berkuasa atas segala sesuatu.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

Akhirnya Allah memberi keizinan untuk meng'update' blog ini. Walaupun sudah agak lama atas beberapa sebab dan kekhilafan hambaNya ini dalam menjalankan tanggungjawab ini.  Ya Allah yang maha Pengampun,maafkan kelalaian hambaMu ini.ameen..

Hari ini..
Ketika ini..
Saat ini..

Kita sudah berada di Ardu Kinanah, tanah Anbiya' juga tidak ketinggalan bumi Firaun, tanah yang kita impikan sekian lama untuk meneruskan jihad kita dalam mencari mardhatillah. Ana mengharapkan kita sentiasa membetulkan niat, mentajdidkan niat untuk mencari mardhatillah dalam pengajian kita untuk menjadi muslim/muslimah doktor. InsyaAllah.

Ana berminat berkongsi beberapa kisah yang mungkin dapat mencuit iman di dada kita. InsyaAllah.


A: "Fatin,nape ni? tak sehat ke? tengok dari kelas tadi lain macam je.Cerita la.Mane tau bole tolong ke."

B: " Eh,takde papela.sakit perut sikit jer.Nanti habis kuliah saya makanlah.Jangan risaula.Ok jer."

A: "Laaa..awat lagu tu. Pergila kafe sat,p beli roti seginiih dua giniih jer tu.."

B: "Takpela, nak jimat.Boleh jer tahan kejap."

C: "Tengok tu, penat dah pesan. Tak payahlah jimat sangat sampai jejaskan kesihatan. Duit tu bukannya kita tak dapat.Lambat sikit jer.Setakat duit makan tak payah jimat sangat.Jimatlah kat benda lain jer."

A: "Astagfirullahala'zim..jimat sampai macam tu sekali ke? kenapa tak bagitahu awal2.Kesiannya"

B: "Takde papelah. Biasalah tu kiteorang memang kena jimat2.Duit yang dapat pun cukup2 jer.Syukurlah korang duit bulanan lebih dari cukup.Boleh dikatakan mewah kalau nak bandingkan kami ni.Korang mungkin tak rasa kesusahan kitaorang sekarang ni."


Ana terkesan dengan pengalaman di atas. Sangat terkesan. Terima kasih pada sahabat-sahabat yang menyedarkan secara tidak langsung. Dalam hidup kita seharian, kita dapat bermewah-mewah dengan duit biasiswa yang diperolehi. Oleh sebab biasiswa yang diberikan terutamanya kerajaaan memang lebih dari cukup. Alhamdulillah. Semestinya kita bersyukur dan masa yang sama ringankan mulut bertanya kepada sahabat-sahabat kita tentang kewangan mereka. Mungkin dalam tawa dan senda mereka. ada sekelumit kesedihan yang mereka sembunyikan. Sahabat yang baik itu sentiasa bersama-sama tidak kira senang atau susah. Mungkin kita terlalu leka dengan biasiswa yang mewah menyebabkan kita hanya memikirkan untuk diri kita sahaja sedangkan sahabat-sahabat sekeliling kita yang sentiasa kita jumpa juga ada hak terhadap kita.

Jangan biarkan kita sentiasa bahagia dengan kemewahan kita dan sahabat kita dalam kesusahan! Ringankanlah beban saudara kita dan sesungguhnya Allah pasti akan meringankan beban kita di Hari Kiamat.

Di Mesir macam-macam boleh jadi walaupun kita tidak sekali-kali menyangka perkara itu akan terjadi. Satu kisah lain yang boleh dijadikan ibrah agar kita lebih dan sentiasa berhati-hati.

Selepas beberapa hari sahabat ini mengeluarkan duit dari mesin ATM, dia berasa gembira dan lega kerana duitnya masih banyak dan dia tidak perlu risau tentang kewangannya di sini. Dan dia juga lega kerana tidak perlu merisaukan keluarganya di tanah air. Namaun dengan takdir Allah yang maha Berkuasa, beg duitnya tertinggal di dalam teksi dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Lebih malang lagi selepas dua hari dari hari kejadian, barulah sahabat ini tersedar tentang kehilangan tersebut. Dengan berat hati dia memberitahu keluarganya. Selepas beberapa hari masalahnya dapat diselesaikan dengan bantuan keluarga dan beberapa senior. Seketika dia tersedar betapa Allah menyayanginya dengan mendatangkan ujian sebegitu. Supaya dia merasakan erti 'kesusahan' yang sebenar melali pengalamannya sendiri.

Walaupun hanya beberapa hari dengan bekalan wang yang ada di tangan yang sedikit, dia belajar erti peritnya kesusahan, dia belajar erti secubit kesabaran, dia belajar erti ukhwah yang sejati, dia belajar bagaimana saudara yang dalam kesusahan meneruskan hidup. Dia dapat melihat kekuasaan Allah dalam hidupnya. Dan dia berasa bahagia. Ya,bahagia dengan kehidupannya yang dalam kesusahn itu. Kerana dalam masa itu, Dia lebih berserah kepada Allah di samping meningkatkan dan mentajdidkan amalannya. Dia merasai kemanisan dalam keperitan hidupnya.

Dan sekali lagi,  Allah tidak pernah menguji hambaNya lebih dari kemampuan hambaNya. Selang beberapa minggu keluarganya mengirimkan sedikit wang kepadanya. Dan dia bertekad dia ingin berubah. Tidak ingin dalam kemewahan yang melalaikan. Biarlah hidup dalam kesusahan tapi merasai kemanisannya. Dia menggunakan wangnya sebaik mungkin, ke arah kebajikan sahabat-sahabatnya dan kasyarakat yang memerlukan. Sekali lagi Allah yang maha Pemurah. Semakin dia manginfakkan wangnya semakin hari semakin murah rezekinya. Bukan saja dari segi kewangan malah hatinya makin tenang, dipermudahkan urusan sehariannya dan banyak lagi. Subhanallah, Engkau telah tunjukkan kepada kami hikmah yang besar.

Sahabat sekalian, dalam seharian hidup kita ketika musafir ini, sudah tentu banyak mehnahnya sehinggakan kita menuruti arahan syaitan yang sentiasa gembira apabila kita gagal mengawal kesabaran kita. Set our mind bahawa masalah itu adalah MEHNAH dan mehnah itu adalah UJIAN yang diturunkan untuk kita sebagai RAHMAT dariNya. Allah telah mengingatkan kita dalam firmanNya dalam surah Al-Mulk,
Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu yang lebih baik amalnya. Dan DIA maha perkasa Maha Pengampun. (Al-Mulk: 2)


Hayati dan insafilah kehidupan kita di tanah Anbiya' ini. Jangan dipersia-siakan setiap pengalaman di sini. Gunakan segala kelebihan ke arah manfaat kepada ummah dan kekurangan ke arah kemantapan diri dan tazkiyatun nafs

Sirru ala barakatillah. Moga amal yang sedikit ini diterima oleh Mu ya Allah.


Wallahua'lam