BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

01 September 2010

Muqadimah

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, sama-sama kita merafa'kan kesyukuran kepada Pencipta kita kerana diberikan peluang dan nikmat yang banyak untuk terus menjalankan ibadah kepadaNya lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan Al-Mubarak yang tidak lama lagi akan meninggalkan kita. Moga kita sempat bertemu Ramadhan akan datang.aminn.


Alhamdulillah tanpa banyak masyaqah maka wujudlah blog mysoff middle east ini sebagai salah satu usaha untuk merapatkan ukhwah antara anak-anak Melaka khasnya dan sahabat-sahabat seperjuangan di Bumi Kinanah. InsyaAllah.

Sedikit cetusan minda berdasarkan Kalamullah yang agung, Allah telah berfirman dalam surah As-Saff ;4 yang bermaksud " Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang di jalanNya dalam satu barisan yang lurus seperti satu bangunan yang kukuh".
Melalui ayat ini dapat kita simpulkan beberapa perkara antaranya:

  • Kepentingan berjemaah dalam hidup
Jemaah di sini merujuk sebagai kumpulan, organisasi, persatuan atau masyarakat. Untuk membuat satu barisan adakah cukup hanya seorang? Semestinya tidak.  Satu barisan memerlukan lebih dari seorang. Maka Allah menyuruh kita menjalinkan tali persaudaraan dalam hidup kita yakni hidup dalam jemaah. Kita imbas kembali ketika Nabi Muhammad s.a.w berdakwah pada peringkat awal. Baginda berdakwah dengan sokongan isterinya yang dikasihi dan para sahabat yang setia di samping  Baginda.

  • Kepentingan ukhwah
Dalam kehidupan seharian kita ukhwah memainkan  peranan yang amat penting. Dengan ukhwah antara ahli keluarga, para sahabat kita, para guru dan sebagainya. Ukhwah apa yang paling dituntut dalam islam? Semestinya ukhwah fillah. Dalam ayat di atas Allah ibaratkan satu  barisan itu seperti satu bangunan yang kukuh. Kenapa Allah umpamakan sedemikian?

Kita lihat bangunan yang kukuh pastinya dibina rapat antara satu sama lain. Menguatkan antara satu sama lain. Maka unsur-unsur luar seperti kapal terbang tidak boleh senang-senang hendak menembusi bangunan tersebut. Pastinya juruterbang akan bertukar laluan untuk mengelakkan berlanggar dengan bangunan tersebut.

Begitu cantik perumpamaan Allah, Allah melihatkan kita bagaimana cara untuk berukhwah keranaNya. Wahai sahabatku sekalian berukhwahlah kita kerana Allah, kuatkan antara satu sama lain. Moga kita mampu membina 1 barisan sehingga tiada unsur luar atau dakyah yang mampu mencorakkan kita!

Dalam ayat tersebut juga Allah menggunakan perkataan saff. Terdapat sedikit perbezaan antara saff dan barisan. Analoginya begini biasanya kita ingin menaiki bas mestilah beratur kan? Jadi itu dinamakan barisan. Lain pula apabila kita nak solat berjemaah imam akan berkata "lurus dan rapatkan saff".
Kenapa tidak imam berkata "luruskan barisan". Macam pelik pula kan? Begini barisan ada orang yang terkedepan dan ada yang terkebelakang. Tetapi saff tidak begitu. Semua orang adalah sama kedudukannya tidak ada yang lebih maju dan tidak ada yang tertinggal di belakang. Lihat, Maha Suci Allah yang menurunkan Kalamullah untuk kita berfikir. Tidak terfikirkah kita betapa hebatnya Allah. Maka renungilah ayatnya bukan hanya membaca tapi FIKIR DAN ZIKIR.


0 kalam: