BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

08 September 2010

malam 7 likur menurut pandangan islam

Dengan nama ALLAH....

Assalamualaikum warahmatullah....





Pelita sering dikaitkan dengan malam 7 likur



Alhamdulillah syukur pada Allah dapat kita bertemu dengan Ramadhan kali ini dan dapat menjalankan ibadah dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Moga-moga kita dapat merasai kenikmatan lailatul qadar. InsyaAllah.

Sedikit tentang malam lailatul qadar, seorang ustaz pernah bertanyakan satu soalan "Mengikut sejarah umat-umat Nabi terdahulu hidup beratus-ratus tahun malah ada yang beribu tahun. Tetapi umur umat Baginda pendek, kira-kira purata hanya hingga 60 tahun. Tidak ADIL kan Allah?  Mereka terdahulu dapat beramal lebih lama dari kita," Soalan ustaz dibiarkan sepi oleh kami kerana kekeringan idea untuk mencari hikmahnya.

Sambil tersenyum beliau membacakan maksud surah Al-Qadr...
  1. Sesungguhnya kami telah menurunkan Al-Quran pada malam qadar.
  2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?
  3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari 1000 bulan.
  4. Pada malam itu, turun malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin tuhannya untuk mengatur semua urusan.
  5. Sejahteralah malam itu sampai terbit fajar.
Malam lailatul qadar ini adalah salah satu nikmat Allah yang diberikan khas untuk umat Baginda. Jika difikirkan logiknya jika kita beramal seperti berzikir, solat nafilah, bertadarus, beriktikaf pada malam lailatul qadar seperti kita beramal selama 1000 bulan. Bukankah di situ hikmah Allah menurunkan malam lailatul qadar. Sama-sama kita renungkan.

Berbalik pada isu utama, 7 likur sangat sinonim dengan orang Melayu. Likur bermakna bilangan 20 hingga 30. 7 likur = 27 . Ana dah lama dengar malam 7 likur tapi tak pernah memahaminya secara terperinci. Satu hari ana bertanya pada mak. Tapi jawapan dari beliau masih tidak memuaskan hati. Jadi ana mengambil inisiatif untuk membuat sedikit 'research'. Dan apa yang dapat disimpulkan, malam 7 likur adalah budaya Melayu apabila tiba 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Mereka akan memasang pelita di sekeliling rumah untuk memeriahkan lagi malam 7 likur.

Satu persoalan timbul adakah adat ini selari dengan syariat dan boleh dikira sebagai ibadah?
Jawapannya tidak. Walaupun banyak pendapat yang dikeluarkan tetapi pandangan peribadi ana adat ini tidak selari dengan syariat atas beberapa sebab:
  1. Sesetengah orang menyalakan pelita bertujuan untuk menyuluh laluan malaikat turun ke rumah mereka pada 10 malam terakhir. Hal ini jelas salah di sisi islam kerana malaikat sendiri daripada nur dan ciptaanNya itu tidak memerlukan bantuan cahaya dari manusia. Hal ini telah menjadi fitnah agama kerana para kafirin mengatakan malaikat buta dan lemah sehingga perlu dipasang pelita.
  2. Manakala ada orang meraikan malam ini kerana percaya roh-roh akan kembali ke rumah pada malam-malam tersebut. Sesugguhnya jelas perkara ini tidak selari dengan syariat.
Kesimpulannya, malam 7 likur bukanlah satu adat yang berasas dan dituntut untuk meningglkannya kerana kita telah mengabaikan penumpuan utama iaitu beribadah kepada ALLAH. SEBAIK-BAIKNYA perbanyakkanlah solat, zikir, tadarus, muhasabah supaya kita dianugerahkan malam lailatul qadar. Selain itu, malam 7 likur juga menggalakkan pembaziran, membuang masa dan yang utamanya tidak terdapat dalam QURAN dan SUNNAH . Marilah wahai saudara seislam yang prihatin hentikan budaya ini dan kembalilah kepada 2 sumber yang Baginda telah berpesan jika kita berpegang  pada dua benda itu nescaya kita tidak akan sesat iaitu QURAN dan SUNNAH.

Akhir kalam, mohon maaf atas segala kekurangan. Yang baik hanya dari Allah dan yang buruk juga datang dari Allah dan disandarkan atas kelemahan ana. Betulkan segala salah silap moga kita senua dalam redaNya.Aminn

Wallahua'lam.

0 kalam: